Pencarian Wajah JubahSouq Pantai Timur

Monday, November 30, 2015

PENGENALAN
Pencarian Wajah JubahSouq Pantai Timur atau PWJSPT adalah sebuah program pencarian model muslimah yang juga turut akan menjadi wajah rasmi JubahSouq di kawasan Pantai Timur Malaysia, terutamanya Kuantan.

Sempena pembukaan cawangan butik JubahSouq ke-4 di Gio Mall, Kuantan dan juga sempena ulangtahun ke-5 JubahSouq (yeay!), pihak JubahSouq mengambil inisiatif untuk menjayakan program ini bagi memeriahkan tahun 2015 yang amat bermakna ini; sekaligus memberi peluang kepada bakat-bakat diluarsana terutamanya buat warga Pantai Timur Malaysia untuk mengetengahkan bakat mereka.


Program ini akan mengambil masa selama 32 hari termasuk pentas akhir yang akan berlangsung di JubahSouq Kuantan pada 25 Disember 2015, yang mana pada hari pembukaan rasmi butik ke-4 JubahSouq di Gio Mall, Kuantan tersebut.







OBJEKTIF
a) Mencari bakat baru dalam bidang model muslimah yang juga turut akan menjadi wajah rasmi JubahSouq di kawasan Pantai Timur Malaysia, terutamanya Kuantan.

b) Memperkenalkan JubahSouq Kuantan yang bertempat di Gio Mall, Kuantan di daerah Pantai Timur Malaysia.

c) Mendekatkan jenama JubahSouq dengan warga Pantai Timur Malaysia, sekaligus mendapat maklumbalas dari pengguna Pantai Timur Malaysia dengan lebih pantas dan tepat.



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1) Penyertaan dibuka kepada peserta yang menetap di Pantai Timur Malaysia (Pahang, Terengganu, Kelantan) dan boleh memberi kerjasama serta komitmen pada setiap acara yang bakal dianjurkan di cawangan butik JubahSouq Kuantan. Berumur 18 hingga 30 tahun sahaja.

2) PENYERTAAN BERMULA pada 24 NOVEMBER 2015; dan akan DITUTUP pada 6 DISEMBER 2015. 10 peserta yang terpilih akan diumumkan di Instagram @JubahSouq pada 8 DISEMBER 2015.

3) Peserta dikehendaki memuatnaik gambar dengan memakai sebarang jubah keluaran JubahSouq di Instagram. Pastikan akaun Instagram anda tidak di “private”

4) Foto yang dimuatnaik hendaklah disertakan dengan maklumat berikut: a) Nama Penuh b) Nama Komersial c) Umur d)Tempat Tinggal e)Slogan “Saya ingin menjadi Wajah JubahSouq Pantai Timur kerana….” Lengkapkan dengan meletakkan @JubahSouq #PencarianWajahJSPantaiTimur #JSKuantan di ruang kapsyen foto.

5) Pihak JubahSouq akan memilih 10 peserta terbaik (TOP 10) untuk ke peringkat seterusnya dimana gambar peserta akan dimuatnaik ke akaun instagram rasmi @JubahSouq. Pemilihan TOP 10 berdasarkan gambar peserta yang menarik berserta slogan yang kreatif.

6) Dari 10 peserta terbaik, 5 peserta akan dipilih untuk peringkat akhir (TOP 5), 70% markah akan dinilai melalui jumlah LIKES di Instagram & Facebook JubahSouq, dan selebihnya peserta akan dinilai oleh juri PWJSPT.

7) 5 peserta akhir yang terpilih akan dipanggil untuk menjalani sesi fotografi bersama JubahSouq. Pentas akhir akan diadakan pada 25 Disember 2015 bertempat di butik JubahSouq (Kuantan), Gio Mall; dimana peserta akan diuji dengan gaya peragaan dan beberapa soalan dari juri PWJSPT.


You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Twitter